Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Perlukah mandi wajib jika keluar air mazi?

Perlukah mandi wajib jika keluar air mazi? Ada beberapa jenis cairan yang bisa keluar dari kelamin laki-laki, di antaranya adalah air kencing, mani, mazi dan wadi. Ketiga cairan ini hukumnya berbeda-beda dan ada yang diwajibkan mandi dan ada pula yang tidak.

Jika seseorang keluar air mani, maka wajib mandi besar untuk menghilangkan hadas besar. Lalu bagaimana jika seseorang keluar air mazi? apakah seseorang yang keluar air mazi wajib mandi? Perlukah mandi wajib jika keluar air mazi?

Perlukah mandi wajib jika keluar air mazi?

Secara singkat, jawaban untuk pertanyaan apakah seseorang perlu mandi jika keluar air mazi? Jawabannya adalah tidak. Seseorang tidak perlu mandi wajib jika keluar air mazi karena air mazi bukanlah penyebab hadas besar yang mengharuskan seseorang mandi wajib.

Yang mewajibkan mandi besar adalah apabila seseorang keluar mani. Mazi hukumnya adalah najis sehingga jika keluar dan terkena anggota badan maka harus disucikan. Seseorang yang keluar air mazi maka ia berhadas kecil dan wajib berwudhu jika hendak mengerjakan shalat.

Perbedaan Antara Mazi, Mani dan Wadi

Berikut ini adalah penjelasan tentang perbedaan antara mazi, mani dan wadi beserta hukum-hukumnya juga bagaimana jika cairan tersebut keluar dari kelamin apakah harus mandi atau bersuci.

Pertama, air mani berasal daripada perkataan ( أمْنَى – يُمْنِيْ) dalam bahasa Arab bermaksud terpancut. Dinamakan mani kerana keadaannya yang keluar dengan cara memancut, warnanya putih dan pekat. lihat sumber. Firman Allah SWT:

خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ
Maksudnya: “Diciptakan manusia dari air mani yang terpancar.”

(Surah Al-Tariq: 6)

Ataupun cecair ini keluar dengan rasa lazat dengan diiringi lembiknya zakar dan merasai kepuasan syahwat selepasnya, sekalipun ia tidak memancut kerana kuantitinya yang sedikit walaupun sekadar satu titisan sahaja, atau keluar seperti warna darah kerana terlalu kerap melakukan jimak. Cecair ini mempunyai bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah atau berbau hanyir seperti bau putih telur jika ia kering. Wajib mandi mandi wajib meskipun tidak merasa lazat ketika keluarnya ataupun jika keluarnya tanpa memancut (bagi lelaki) seperti keluar selepas mandi, sama ada bagi lelaki atau wanita.

Tidak disyaratkan wujud kesemua sifat tersebut tetapi memadai dengan ada satu sifat sahaja. Jika kesemua sifat yang tersebut tidak ada, tidak wajib mandi kerana ia bukan mani. Mani adalah bersih, mani wanita berwarna kekuningan, halus dan kadang-kadang ia berwarna putih.

Kedua, air mazi ialah air yang berwarna putih, halus dan melekit, keluar ketika bangkitnya permulaan syahwat atau ketika bergurau senda bersama isteri dan menciumnya. Ia keluar tanpa memancut dan tidak diiringi dengan lembiknya zakar, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari. Mazi lelaki dan wanita adalah sama, wanita keluar mazi apabila bangkit syahwatnya. Tidak wajib mandi dengan sebab keluar mazi, iaitu air yang keluar disebabkan syahwat yang paling rendah (mani adalah air kemuncak syahwat). Mazi mempunyai sifat-sifat air mani seperti yang disebutkan berdasarkan hadis riwayat Saidina Ali Karramallahu Wajhah di mana beliau berkata:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ – فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ
Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”

[Hadis ini adalah sahih diriwayatkan oleh Abu Daud: 1/47, Al-Nasaie: 1/93, Imam Al-Bukhari meriwayatkan maknanya seumpama hadis di atas: 1/105 (no 266), Muslim: 3/212 (no 303)]
Ketiga, air wadi iaitu air yang keruh dan pekat yang hampir menyerupai mani dari sudut kepekatannya dan tidak sama seperti mani dari sudut kekeruhan warnanya, tidak mempunyai warna dan keluar selepas kencing dan ketika mengangkat sesuatu yang berat. Wadi keluar sebanyak satu atau dua titisan, tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya kerana tiada sebab dari sudut syarak yang mewajibkan mandi kerana yang diwajibkan mandi ialah keluar mani sahaja.

Sumber:

  • Perlukah mandi wajib jika keluar air mazi? link.